Im the boss here Musik Masa itu Emas! Memo dari Penulis Credits!
| Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??
Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya Apabila kamu ‘memancing’ wanita Kamu menyentuh hati wanita Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Wahai lelaki, Pasti kamu salahkan wanita Mengapa mengharap kepadamu Tapi kamu perlu tahu Wanita hatinya cukup lembut Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai Pasti kamu pertikaikan Siapa suruh berharap? Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu? Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Wahai lelaki, Kami akui wanita sangat mudah perasan Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita Kami redha dengan kelemahan itu Tapi wahai lelaki Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini Bukanlah untuk mengambil kesempatan Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu Membimbing wanita yang lemah ini Maka kamu perlu tahu Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Wahai lelaki, Apa yang kamu dapat sebenarnya Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan Tapi pernahkah kamu fikir Kedudukan kamu disisi Allah? Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Wahai lelaki Jika kamu seorang yang taat, Jika kamu sangat menjaga solat kamu Mengapa lakukan ini pada wanita Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim? Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan Bahawa kamu mahu isteri yang solehah Tapi dalam masa yang sama Kamu tidak putus-putus memancing wanita Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya “ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26) Wanita yang baik untuk lelaki yang baik Adakah layak kamu peroleh wanita solehah Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti. “ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah, tampan lelaki kerana kejernihan wajah. Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah. Tinggi lelaki kerana kesederhanaan. Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.” |